Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Saturday, March 30, 2013

kenapa air laut masin ?

haii semua ! aku nak kongsi cerita ni . ha,,nak taw tak kenapa air laut masin ? ehh ? dah tahu ? tak kisah lah . baca jugak lagi sekali . *hehe .

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

sumber : blog Muhammad Fikri . thanks ea =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Thursday, March 21, 2013

Result oh result ~

heyy ! i come back ! gembira ? sedih ? entah la . aku sendiri pun tak tahu nak describe perasaan aku sendiri lepas dah ambil result nehh . Nak kata aku sedih,,tak . nak kata gembira pun tak . maybe tengah2 kot . sebab apa ? sebab aku memang tak dapat straight As . Then,aku memang dah agak dah pun . Tapi aku bersyukur sangat because no C,D,E and F at all . Alhamdulillah . itulah yang aku doakan setiap hari . And the most important thing is ...
ADDITIONAL MATHEMATICS aku B+ !! haha . B+ je pun . kecoh ja . hehe . bukan apa ,,aku ni mana pernah dapat gred cenggitu untuk addmath . mana tak terkejut . Punya aku takut dengan subject tu . huhh . memeningkan otak aku ja benda alah tu . seriously aku memang tak minat dengan subject tu . so,no wonder la kan pasaipa aku selalu dapat gred tak berapa memuaskan sebelum ni . hehe . tapi aku berusaha what ! aku gagahkan diri pergi easymath yang dekat SEMESTI nuhh . Alhamdulillah,,berbaloi jugak program tu . tapi,,yang paling aku sedih nya,,Bio la . aku tak dapat A bio . acaner ni ?? kata nak jadi doktor . aduhaii . but what to do right ? i've tried my best . Maybe Allah wants me to do the very best after this . hurmm,,InsyaAllah aku akan cuba berusaha lebih gigih lagi lepas ni . doakan aku ye ^^ . ha,,nak taw tak kenapa aku nak sangat bergelar seorang doktor ??
okeii,sebenarnya,,sebab mak abah nak sangat tengok aku jadi doktor . so,aku sebagai anak,,rasa sangat bersalah kalau tak dapat nak tunaikan impian mak abah tu . actually,aku sendiri pun tak tahu apa cita2 aku yang sebenarnya sebelum ni . Then,bila abah cakap macam tu,,aku dah bertekad nak tunaikan jugak impian tu . sebab aku kan anak mak abah . semestinya aku nak gembirakan mak abah aku . lepas amek result tu,,abah mesej (abah takdak kat rumah.pergi kursus) :
TAHNIAH ANAK ABAH . hurmm,i'm touched . walaupun tak tercapai 11A,,abah tetap berbangga dengan aku . mak pun sama . terima kasih mak abah . Thanks a lot for the support . I really appreciate it . saydah sayang mak abah . I LOVE both of YOU ! I will try my best to be a doctor like you wish . InsyaAllah . Aminn . Please pray for me ya =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tuesday, March 19, 2013

Tomorrow is the day !!

Ya Allah ! esok !!! takutnya . cuak nya . apa jadi esok ? tak tahu ?? Esok lah result SPM keluar ! huargghh ... tak dapat digambarkan dah perasaan aku waktu ni . tambah2 lagi esok . lagi laa tak terucap ketakutan+kecuakan+ketidak tenangan aku . so,,jom tolong doakan untuk saya dan kawan2 saya yang lain ehh .

Ya ALLAH,,kurniakanlah keputusan SPM yang cemerlang kepada SAIYIDAH BINTI MD HATA dan semua calon SPM 2012 .

amin . amin ya rabbal alamin . akak2,abang2,adik2, dan kawan2 blogger .. saya cuma nak mintak awak semua doakan kami,ya . Maaf kalau selama saya berblogger ni,,saya ada buat salah silap . maaf ya . Tolong sangatt . Saya amat hargai doa awak semua . Terima kasih =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tutorial : background berubah bila cursor click

rasa macam tak percaya pulak aku sendiri yang nak buat tuto . hehe . mana pernah lagi sebelum ni aku buat . Tapi sebab dah ada someone tanya,,

maka ,aku nak cerita lah sikit . tak boleh la kedekut ilmu kan . hehe . okeii . tuto ni dicreditkan to FATIN HALID . aku tahu benda ni dari blog dia . ehh,korang taw tak tuto yang mana ni ?? ha,,pernah tengok tak,,bila kita tekan cursor kat gambar tu,,background terus bertukar ? macam bawah ni ..

berminat ?

ha,,toksah bebel panjang2,,jom kita mula !

blogskin/classic template

1 .Dashboard > Template
2 . cari kod </style>
3 . copy code bawah ni .

#bagie a img{width:50px;height:50px;display:inline;margin-right:10px;margin-top:15px;border: 2px solid #EEE;}#bagie a:hover img{border: 2px solid #bdebff;}
4 . paste kat atas code yang korang cari tadi .
5 . dah siap ? belum lagi . then,,korang copy code bawah ni .

6 . paste dekat bahagian sidebar korang ye .
7 . then,,preview and save !

Template Designer

1 . dashboard > layout > add a gadget > html/javascript
2 . copy code ni

3 . paste dalam html/javascript tadi
4 . save !

note :
all colour : URL background
* pastikan 3 jenis background tu lain-lain tau .
* then,,bila korang dah save,jangan pelik bila korang try tekan tak jadi pulak . sebab benda ni boleh jadi kalau kita tak login blogger . maksudnya benda ni untuk pengunjung2 blog kita lahh . okeii . faham ? boleh la mula sekarang =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Sunday, March 17, 2013

Abahku chef !

Abahku chef ?? ehh,sejak bila ni ? haha . abah memang bukan chef kat restoran or kedai mamak sekalipun,,tapi abah is very good at cooking ! i love his cooking very much ! nyam . nyam . nyam .
tadi kan,abah ajar aku nak buat ikan masak lemak . so simple and easy ! hehe . excited . baru belajar kann . so,aku nak bagitaw apa yang ayah aku ajar tadi . Thanks ehh abah sebab ajar saydah ^^ dulu taw makan jaa . dah sekarang ni dok rumah tak buat apa,mak suruh aku belajar masak . banyak jugak lahh yang aku dah taw . tahniah saiyidah ! hehe . okeii lah . apa-apa pun,,jom kita terjah !

Bahan-bahan :
1 . ikan ( tadi guna ikan kembung )
2 . cili padi/cabai kecik/cabai burung
3 . bawang besar
4 . asam keping/asam gelugur
5. garam

6 . gula

7 . perasa (sikit je )

8 . labu air (nak bubuh timun pun boleh )
9 . santan
10 . tomato

ha,cara nak buat ?? cenggini ....

mula2 abah kata kena  blend dulu cabai kecik dengan bawang besar .
lepas dah blend tu,masukkan asam keping sekali ke dalam periuk . then letak lah atas api .
tunggu sampai dia menggelegak . bila dah menggelegak tu,bubuh pulak labu air yang dah dipotong-potong . ha,jangan lupa buang kulit ! macam aku hari tu . hehe .
after that,masukkan lah ikan sekali dengan tomato . taruk sekali garam,gula,dan perasa . kat rumah aku selalu bubuh perasa HILAL je lahh . mak kata islam punya . so,kita kena lahh support . ye dak ??
bubuh gula,garam dengan perasa tu agak2 la kan . jgn la jadi sampai lori garam/gula tumpah pulak . nanti takdak sapa nak makan . hee .
lepas dah bubuh semua2 yang kat atas ni,tunggu sampai dia menggelegak sikit . kata abah,biar sampai rasa tu masuk ke dalam ikan . Then ,step last skali,,baru masukkan santan . tak kisah la santan kotak or what . tapi pastikan santan tu pekat . bukan santan cair yang dah dicampur air tu . oke ?
biar sampai dia menggelegak . Then ,,siap !! TARA !!!

gini lah rupenye . tapi yang ni aku amek kat google ja . malas pulak nak tangkap gambar . nanti abah nampak pulak ke'excited'an aku . tak boleh . tak boleh . hehe .

pastu,aku agak curious pasaipa letak santan last sekali ?? abah cakap,,bubuh santan last skali sebab taknak bagi santan tu berketul . yeke ? betul lah kot . abah kan dah pro . ngee ~
rasa seronok pulak belajar masak dengan abah . Anyway,abah yang ajar mak masak waktu mula2 kahwin dulu . bravo ! tahniah abah ! Bangga lah ada ayah macam abah . walaupun abah always busy ,tapi abah ada jugak masa nak main masak2 ni . ha,petang ni abah nak pi ipoh pulak . mesyuarat pengetua SABK denagn pengetua SMKA under JPN . 5 hari abah pi . tidur sana . so,maksudnya,,abah takdak lahh waktu hari result SPM diumumkan tuu . so sad :'( . sama ja waktu PMR dulu . pun abah takdak . waktu tu abah pi memancing . haihh ,hari tu jugak la nak pi mancing . tapi takpa lahh . aku taw , hari2 lain abah sibuk . hari cuti minggu je la kan abah nak pi buat aktiviti2 luar pun . itupun kalau takdak mesyuarat,kenduri or kursus . so busy abah aku ni . ha ! lagi satu . kepada semua pelajar SMKA KErian,pengetua kita maybe takdak jugak lah hari result SPM tu . sebab dia pun terlibat sekali dengan mesyuarat yang aku cakap kat atas tadi . Tapi taktaw la pulak kan kalau dia semangat balik sekolah semata-mata nak tengok kita . ehh,result kita . perasan pulak . haha . okeii . sudah lah kot sampai sini . penat pulak dok menaip panjang-panjang ni . then ,bye ! assalamualaikum . ilal liqa' !

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Friday, March 15, 2013

suka ! suka ! suka ^_^

hai . hai . hai . over ja tajuk entry . haha . apa yang suka sangat tah . ngee ~ takdak apa nak cakap pun . uppss. silap . tulis . hehe . saja ja ni nak tunjuk gambar2 comel yang aku dok kodek2 dari pakcik google . hee . thanks ye pakcik

ha,, comey tak ? comey tak ? angguk cepat ! hehe . suka lahh tengok gambar-gambar ni . okeii . that's all . bye . Assalamualaikum =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Thursday, March 14, 2013

Jumaat datang lagi !!

cepat nya masa berlalu . Rasa-rasa macam baru ja hari isnin . Tiba-tiba tengok hari ni dah Jumaat . huaa ! Pantasnya . Awat la cepat sangat . Makin tak senang duduk dah aku sekarang ni . Mana tak nya,result SPM keluar hari Khamis minngu depan . Ohh no !! cuak nya . taktaw dah nak digambarkan macamana perasaan aku sekarang nii . Ya Allah . Kurniakanlah aku dan rakan-rakanku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 . Amin ya rabbal alamin . Okeii . dah . berhenti sampai situ pasai SPM . tengok tajuk ,hari jumaat kan ? so,memang semestinya takdak kaitan dengan SPM ke,result SPM sekalipun . ha,taw tak,,setiap hari dalam Islam ada kelebihannya yang tersendiri . Kalau kaum Yahudi,depa sangat bangga dan menanti kemunculan Sabtu,then penganut Kristian pulak meraikan hari ahad . Maka,umat Islam pun ada hari terbesar nya . that is hari Jumaat . PENGHULU SEGALA HARI .

seperti dalam Riwayat Hudzaifah R.A :

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

maksudnya : “Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

selain itu,Rasulullah SAW juga bersabda :
“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)

sangat banyak kelebihan dan keutamaan hari Jumaat ni . ha,nak tawu ?? jom kita baca dan hayati penulisan aku yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan blogger2 lain di luar nun . hee .

Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat :

1 . hari paling mulia . sebab apa ?? ha,hari jumaat lah ...
• Nabi Adam A.S diciptakan .
• Nabi Adam dimasukkan ke SYURGA ALLAH .
• Nabi Adam diturunkan dari SYURGA ke BUMI .
• Nabi Adam A.S. wafat .
• Hari akan berlakunya kiamat .
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

2 . Hari berkumpul bagi kaum Muslimin .
kenapa ? sebab waktu hari Jumaat ni la hari berkumpulnya bagi kaum muslimin . berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah,solat jumaat,dan berdoa yang diaminkan seramai beratus atau berpuluh orang jemaah .
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿
maksudnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

3 . Penghulu segala hari .
Hari Jumaat ni special berbanding hari2 lain .  sebab dia adalah ketua segala hari dan banyak ganjaran lebih daripada hari2 lain .

4 . Hari kebesaran mingguan .
dalam 7 hari seminggu,hari Jumaat lahh merupakan ' HARI BESAR ' yang berulang setiap minggu .

Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

5 . Hari yang mana ramai malaikat turun ke bumi .
waktu hari Jumaat ni,Allah tugaskan malaikat turun ke bumi .  Di tangan mereka terdapat tinta emas dan kertas-kertas daripada perak,dan mereka berdiri menunggu di pintu2 masjid untuk mencatat nama2 muslimin yang hadir ke masjid dan mendirikan solat Jumaat . Bila dah sempurna solat Jumaat,malaikat2 tadi kembali ke arasy untuk memberikan catatan mereka tu kepada Allah SWT . Kata mereka :

“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman :
“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
6 . Hari mustajab berdoa . ha, yang dok tunggu result SPM, STPM,, apa lagi .. perbanyakkan berdoa pada hari jumaat ni . InsyaAllah dikabulkan doa tu .

Hari Jumaat hari paling mustajab untuk berdoa terutamanya waktu :
a . imam duduk diatas mimbar sampai lah selesai solat Jumaat .
b . Akhir waktu asar .

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

7 . Hari dihapuskan dosa .
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
8 . hari yang diutamakan bersedekah .
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .

9 . Hari meraih pahala .
orang yang hadir ke masjid untuk solat Jumaat akan dapat pahala setanding dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa .
10 . Hari hidayah daripada Allah SWT .
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
11 . Meninggal pada Hari Jumaat dikira sebagai HUSNUL KHATIMAH
12 . Terselamat dari azab kubur.
13 . Hari dapat melihat Allah di syurga .

ha,dah baca kan . apa lagi,jom kita amalkan . mulakan hari ini ! ayuh !!

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Wednesday, March 13, 2013

Nampak pelik tapi . . .

ha ! kali ni aku nak kongsi fakta-fakta yang kita nampak mula-mula mesti terpikir "ehh,betul ke ? macam tipu je " ha,,memang nampak macam pelik dan tak logik je benda ni . tapi ! betul . percayalah . aicewah . macam tajuk lagu pulak dah . hehe . oke2 sudah . jom baca . sebelum tu nak kredit jap untuk blog ni . terima kasih ye encik . ehh,yeke encik . entah la . hehe .

1. Tubuh kita akan menyusut 1 cm pada malam hari dan akan kembali seperti semula kerana tulang belakang kita menahan beban pada saat tidur, sehingga melebar kembali.
2. Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
3. Kehadiran orang baru, anjing, atau kucing baru di sebuah rumah dapat menyebabkan seekor kucing stress.

4. Sebelum terkenal sebagai bintang film, Brad Pitt pernah bekerja sebagai pegawai di restoran El Pollo Loco dengan tugas mengenakan kostum ayam.
5. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.
6. Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
7. Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
8. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kanmeninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
9. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas
10. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
11. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.
12. Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah.

13. Beruang membesar melebihi berat manusia. Tetapi berat anak beruang yang baru dilahirkan lebih kecil daripada tikus.
14. Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tuesday, March 12, 2013

: Betapa susah,sukar dan payahnya :

haii . baca taw apa yang aku tulis ni . sejarah pasal kita jugak nehh . hee =)

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama
Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSES KEJADIAN :

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya

hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah liang letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(dari : buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT )

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH