Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Thursday, January 31, 2013

AYAM ! !

: ASSALAMUALAKUM :



ha,,itu dia ayam . apa kaitan ayam ni dalam hidup aku ? hahh . memang ade kaitan . tapi kalau diberi pilihan . aku memang sangat2 lah taknak berkaitan dengan suku sakat nyaa .
aku geram laa dengan ayam2 yg keluar masuk kawasan rumah aku ni . kalau ada bayar tol takpa . niii .. bukan saja x bayar . siap dok berak merata-rata lagii ! haihh . ikutkan hati aku,memang dah lama aku nak sembelih ayam ni . siap dok bawak anak2 lagi tuu . dah berak,kalau reti basuh takpa,,ni aku yg kena basuh tiap hari . sampai satu hari tuu,aku tanya kat emak aku..

                             aku :mak,ayam2 tu orang sebelah(jiran) punya ka ?
                             emak :hurmm,,mak pun tak pasti .
                             aku :oke . mak,kalau tu depa punya,,mak suruh depa jaga elok2 . kalau takk, saydah sembelih.
                             emak:hahaha .

ha ! nampak . betapa aku sakit hati kat ayam2 nuhh . nasib lah ayam . kalau manusia,,haih . aku taktaw la nak kata apa .
then,aku nak bagi nasihat sikit ni . kita ni,,kalau hidup berjiran,kena la jaga privasi,keselamatan,keselesaan jiran kita . tak semestinya apa yang kita suka,jiran kita tu pun suka jugak .manusia kan berbeza pendapat dan cita rasa . jadi,kita kena hormat dia . jangan buat apa yang jiran kita tak suka . tapii . kalau yang kita buat tu benda baik,,dan tak melanggar syariah,,tapi tak disukai jiran,,itu takpa kita nak teruskan . but, ikut keadaan jugak lahh . jangan sampai nanti,,apa yang kita buat tu,,(apa2 saja yg tak baik) menyebabkan hubungan silaturahim kita dengan jiran berantakan . susah taw kalau kita tak berbaik dengan jiran . sebab jiran lah orang paling dekat kalau kita nak minta tolong bila2 nanti . contohnya bila kita nak pergi melancong,,jiran la yg selalu kita minta tolong tengok2 kan rumah . kalau kita tak baik dengan jiran kita,,macamana ? siapa nak tolong tengok2kan rumah kita ? 
okeii . fikir-fikirkan lahh apa yang aku katakan ni . 
sampai sini je . bye ! assalamualaikum . =)

p/s: ehh,,30 jan hari tu befday aku . dah 18 tahun dah aku ni . semoga dengan penambahan umur ni,,aku akan jadi someone yang lebih baik,anak yg solehah,hamba Allah yang taat,dan pelajar yang berjaya . amiinn . nanti aku post pasal befday aku pulak naa . kek baru dapat hari ni . yeay ! hehe .




Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Sunday, January 20, 2013

Menantu ??

: ASSALAMUALAIKUM :

Hai . tiba-tiba aku rasa terlebih rajin pulak hari ni sampai nak buat dua entry dalam hari yang sama . tu la,,rajin dengan malas aku ni tak bermusim . suka hati dpe je nak keluar bila . hehe . ha ! pelik tak dengan tajuk entry aku kali ni ?? haha . jeng jeng jeng ! aku pun taktaw la nak cakap macamana . bila aku teringat balik cerita ni,,aku rasa nak tergelak guling2 . haha . tahapahapa . oke . tak guna aku melalut panjang-panjang kan . bukan ada orang nak baca pun . hee . kisah aku ni bermula begini... haha . over je .
aku pun tak tahu la kenapa . dah dua orang tanya kat mak aku,, "ni menantu yang baru tu ke ?'' sambil tangan tunjuk kat aku . aku pun ..haaa ??? apa semua ni ? aku dikatakan menantu emak aku sendiri ? haduyy .  aku ade rupa orang dah kahwin ke ? dua kali pulak tu orang tanya kat emak . dah la orang lain-lain yang tanya . pelik betul aku . emak,imran dan akak2 aku cakap muka aku macam budak tak lepas spm lagi . tapi ape pasal orang cakap aku menantu emak ?? kenapa ? haii . musykil aku . aku ada rupa macam kak kema ke ? ehh,,lupa nak bagitau . kak kema ni akak ipar aku satu-satu nya lahh . dah abang aku pun seorang ja . hehe . yang waktu first orang tanya tu,waktu kenduri kakak aliya satar . kawan mak yang tanya . oke . tu takpa la lagi . yang kedua ni,,kakak emak aku sendiri yang tanya . aduhai . tak ingat aku ke ? oke . fine . mungkin sebab faktor usia yang menyebabkan dia terlupa . hurmm,maybe lah kan . takpe lah . mungkin aku dah hampir sampai seru kot . erkk ?? kuang3 . merepek ! tak mungkin . berderet lagi atas aku tu . biasa la . aku ni anak second last . memang ramai lah pun atas aku ni . lagi 3 orang yang tak kawin lagi atas aku . eh,,takde la ramai mane . haha . ape2 je la . yg penting,aku nak study dulu,lepas tu kerja,then baru la aku nak fikir benda alah ni . bagi aku,tak penting lagi lah benda ni buat masa aku sekarang yang masih berumur 18 tahun ni . oppss,bukan 18 . 17 tahun . haha . befday aku tak sampai lagi . so,belum 18 tahun lagi la kiranya kan . 


ya,ini lah kakak ipar aku dan abang aku .



tak sama kan muka aku dengan kak kema ? pelik aku . haha .







eh,apa kaitan mereka-mereka ini ? haha . memang tiada kaitan dengan cerita aku ni . tapi aku sayang mereka . sebab,,mereka kawan,sahabat,rakan,dan teman aku . i'll never forget them ! InsyaAllah .
masa ni kami keluar jalan2 pergi tesco dan taiping sentral lepas ambil nombor pin upu dekat sekolah . i really miss them . hope kita semua (batch 95 smka kerian) dapat result terbaik dalam spm 2012 . Aminn . 
oke . sampai sini saja . bye ! see u for the next episode . hee ~
don't forget our mission living in this world ya,,walau sesibuk mana pun kita,,Allah and Islam is number 1 . okai . =)

p/s:please pray for our success in SPM'12' ya !



Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Saturday, January 19, 2013

boikot ! !

: ASSALAMUALAIKUM :







oke . hari ni aku nak bercerita sikit pasal dua benda kat ats ni . ha,,taw x,satu ketika dulu,,aku memang suka sangat kat mcdonald dengan kfc ni . bila dapat makan,,dapat pergi restoran nye,,aku rasa bangga . sebab dua2 ni kan femes seantero alam . lagi satu,,aku memang teramat sangat la susah nak pergi kedua2 tempat ini . ha,,taw sebab apa ? sebabb ... mak ayah aku memang tak pernah jejak kaki kat tempat2 cenggini . kata mereka: ''BUAT APA PERGI KFC McD SEGALA,,YAHUDI PUNYA SEMUA TU . BUAT HABIS DUIT JA . BAIK PERGI SEDEKAH KAT RAKYAT2 PALESTIN NUHH"
haha . begitulah . aku cuma dapat pergi tempat2 ni dengan akak2 dan kawan2 aku je . bagi aku waktu tu,,takpe la,,asalkan dapat pegi . 
TAPI ! sekarang tak lagi . pemikiran aku dah jauh berubah . Alhamdulillah . aku mula terfikir,,"betul jugak apa yg mak abah aku ckap tuu." buat apa aku nak support orang yg sedaya upaya cuba memusnahkan saudara seislam aku dekat palestin,syria,gaza,,dan yg sewaktu dengan nya ?? bila aku fikir2 balik,,aku ni cuma pandai mengkritik dan mengutuk perbuatan israel dan pihak yahudi saja . tapi,,aku masih sokong depa . apakah ?? mengapa begitu?? kata2 perlu seiring dengan perbuatan . kalau semata-mata bercakap pong pang,pong pang .. takdak guna nya ! mereka juga yg untung . saudara2 seislam kita ?? apa nasib mereka ?? makin lama makin habis,,makin bergelumang mereka dengan darah2 mereka sendiri di tanah tumpah nya darah mereka yg ditatang bagai minyak yg penuh tu . adilkah kita ? muliakah kita ??
SEDARLAH . mereka2 disana perlukan pertolongan dan bantuan kita . apa kita mahu melihat rakan2 seislam kita sebegitu sekian lama ?? apakah kita sebegitu kejam ???
FIKIR-FIKIRKANLAH .
kita punya akal dan hati . gunakan akal kita supaya dpt memandu segala tingkah laku kita . dan didiklah hati kita supaya membenci kezaliman dan menyokong keamanan . 
hee .sekian .
RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL !
help ISLAM and ALLAH will help us . Insya Allah .

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Friday, January 11, 2013

Renung-renungkan !

: ASSALAMUALAIKUM :






Dah lama kan aku tak megupdate blog ni . . tah la . aku takde idea nak tulis ape . tapi banyak je yang aku nak tulis . tapi,,tapi,,tapi,,aku takde kerajinan nak tulis . hehe . keling jugak aku ni . oke . straight to the point . aku sebenarnye nak suruh korang tengok video ni . .


tapi yang ni baru first episode . yang second episode tak keluar lagi . maybe dalam pembikinan kot . taw tak ape yang bwat aku teruja dengan cerita ni ? haha . sebab . . . ade matluthfi ! hehe . tah la . aku suka cara dia . video2 dia tak bosan dan banyak mesej yg tersendiri dan berguna . bagi aku la kann . orang lain aku taktaw la pulak . biase la,,setiap orang lain pendapatnye . bak kata pepatah,rambut sama hitam . hati lain2 . haha . siap berpepatah lagi . oke . IsyaAllah kalau aku diberi kesempatan untuk bernafas lagi ,,aku akan sampaikan apa yg termampu aku sampaikan . biasa lahh . aku hanya manusia biasa yg banyak melakukan kesilapan . tapi,kalau nak tunggu orang yg sempurna tanpa apa2 dosa dan kesilapan untuk menyampaikan dakwah,,pasti bumi Allah ni takkan ada seorang pendakwah pun .

“Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan” . (Imam Hasan Al-Basri)

oke . sampai sini je la . ambillah segala apa yg baik . dan tinggalkanlah segala apa yang tak baik . sebab yang tak baik tu akan jadi kudis dalam diri kita . yg mana semakin lama dibiarkan,makin merebak dan membusuk dalam diri kita hingga yang baik itu tenggelam dan lemas . hee .

Assalamualaikum . .

p/s; ehh,,jom la sama2 kita pergi #KL112 . hehe .






Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH