Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Wednesday, February 27, 2013

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyzhanieyz83

 

jom ! jom ! kita bersegmen ! segmen datang lagii !  hee .




tak payah fikir banyak . klik ja banner tu okeii =) hehe .





 
Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Segmen Blogwalking oleh Blog BingkisanHati


meh join . bawak cursor pi kat banner then tekan ! 

tag : awak dan awak juga

 





Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

| Mayat sukar dikafan |



hari ni aku nak kongsi satu cerita yang baru saja aku baca tadi . Kisah ini seharusnya menjadi teladan kepada semua . InsyaAllah . Baca ya,,


Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.


Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

"Eh, ada lagi najis", kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.

Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.




Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga

Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat.

Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

"Bersih betul mayat ini", saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh tidak sampai sejam.

Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.

Semoga Kisah ini dapat memberi pengajaran pada kita semua....










Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tuesday, February 26, 2013

'First Giveaway by MisEyz'

 


Klik banner ye dear =)

tag : AWAK dan DIA





 





Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Monday, February 25, 2013

segmen blogwalking Eraz Fadli




Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 


Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..


# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana..

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

| SAKIT |



Baiklah . Disebabkan aku sekarang ni tengah mengalami sakit tekak dan running nose(running nose ye,bukan running man . haha) aku cakap pasal 5 huruf iaitu S.A.K.I.T. yang mana bila digabungkan jadilah satu perkataan that is SAKIT . Apa itu sakit ? eh,eh . takkan taktaw kot . Bohonglah kalau cakap tak pernah sakit . Betul tak ? Kita ni bukan macam Firaun yang tak pernah sakit tuu . Apa ? tak pernah sakit ? wahh . Takjub ehh ? ke jeles ? atau dengki ? hurmm,,kalau ada sesiapa yang pernah terfikir macam tu,eloklah diperbetulkan balik pemikiran sebegitu . Sebab apa pulak ? ha,,sebab . . bila kita sakit,kita akan sentiasa beringat bahawa kita ni sebenarnya hanyalah seorang hamba ALLAH yang lemah . Dan kita akan lebih menyedari bahawa kita ni sebenarnya tak sehebat mana . Kenapa tak hebat ? ha,,cuba kita tengok orang2 kaya macam dalam filem tuu . Walaupun depa kaya,tapi depa tetap tak berupaya untuk membeli sebuah KESIHATAN . Mereka cuma mampu membayar doktor2 pakar untuk merawat penyakit mereka . jadi,apa bezanya orang kaya ke,miskin ke ? sama saja kan ? okeii . Berbalik pada si Firaun tadi . Cuba kita rewind semula . . Kenapa dia mengaku diri dia tuhan ? Kenapa ? biar aku jawab ye . hehe . Semuanya disebabkan dia rasa dia lah yang berkuasa dan dia jugak tak pernah dijangkiti apa2 pun penyakit ,tak macam manusia lain . so,cuba bayangkan ,kalau lah kita tak pernah sakit,agak2 kita akan mengaku kita ni lemah tak ? Tak kan ? Itulah betapa kita perlu bersyukur dan memperbanyak bersabar bila kita sakit . tak kira lah sakit apa pun kan . Lagipun kan sakit tu kafarah dosa . Apa itu kafarah ? kafarah tu macam menghapuskan . so,so,so . .kita tak nak ke kalau dosa2 kita dihapuskan ?macam dalam satu hadis ni ada mengatakan  . . 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda : Untuk setiap musibah,penyakit,keresahan,kesedihan atau kesakitan yang menimpa seseorang muslim (hatta luka yang disebabkan tertusuk duri) ALLAH akan menghapuskan dosa2 nya .

 fikirkan lahh .jangan asyik mengeluh saja bila kita sakit . bukan nya sakit tu boleh hilang pun kalau kita mengeluh . ye dak ? Sakit tu jugak sebenarnya ujian dari Allah .Tapi kita jangan risau . sebab,,

ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI MANUSIA DILUAR KEMAMPUANNYA 
Okeii semua . Dah baca kan ? Jadi lepas ni,kalau kita sakit , cuba jangan mengeluh . boleh ? hehe . Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang baca entry ni . 
daa . bye ! Assalamualaikum =)







Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Sunday, February 24, 2013

jom hilangkan parut !









                                      
Petua 1:
Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. lepastu  buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tuu pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.

Petua 2:
 Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

Petua 3:

 Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 4:

 Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 5:

 Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.


Petua 6: 
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 7: 

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Petua 8: 

Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

Petua 9: 

Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.

Petua 10:

 Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.

ha,banyakkan ? petua memang banyak . cuma bergantung pada kita ja . rajin ke tak . cuba je lahh yang mana satu korang nak . atau kalau nak guna ubat, try ubat MEDERMA . yang macam dekat bawah ni ha . kalau dah cuba tuu,tapi tak menjadi jugak,taktaw la nak buat macamana . sebab kita hanya mampu mencuba saja kan,Allah yang menyembuhkan . berdoa je banyak2 . okeii . bye . nanti aku bagi petua lain pulak ya =) Assalamualaikum .


                                                                                                                                                       




Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Segmen Blogwalking Sampai Penat By Fhazwani




klik lahh banner tu ye ^_^

tag : awak, awak,dan awak sekali

sekarang follower baru ja 35 orang . hehe .


Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Saturday, February 23, 2013

Tak suka ! tak suka !


ha,pasaipa tuu ? apa yang tak suka sangat ?? okei . meh sini aku memulakan kisah . taw x,,*memang xtaw la kan . dah aku pun tak bgtaw lagi . hehe . aku paling tak suka MENYAPU . ha,, itu lahh . setiap orang mesti ada something yang dia tak suka kan ? paling-paling pun satu . betoi tak ? angguk cepat ! haha . 
kenapa aku tak suka ? entah la . aku sendiri pun tak tau kenapa . tapi memang aku tak suka lahh . haish . jangan tanya lagi lahh . hehe . aku boleh kalau nak mengemas . tak kira la kemas rumah ke,kelas ke,bilik ke,dorm ke . . atau apa-apa sekali pun . tapi ! aku cuma akan mengemas . menyapu memang tidak sama sekali . hee . aku cuma akan menyapu bila :
1 . kerajinan aku dah sampai tahap melampau . *tah brapa kali ja tuu dlm setahun .
2 . kena paksa or disuruh berkali-kali .
3 . abah yang suruh . hehe . nanti abah bising .



ha,tu je la kot keadaan yang akan menyebabkan aku menyapu . then,aku paling tak suka laa haii kalau dalam jadual tugas kelas,,aku kena part menyapu . haduyaii . alamak ! aduhh ! awat aku plak nii . ya,itu la yang akan terkeluar dari mulut aku bila dapat tahu berita mengsengsarakan ini . ceiwah . over pulak . haha . tapi,,yang paling aku takutkan waktu zaman sekolah dulu ialah..... bila cikgu masuk kelas lepastu tanya "sapa tugas sapu sampah hari ni?" then kebetulan pulak hari tu aku yang duty . aduhaii . apa lahh nasib . lepastu,terpaksa lah pergi menyapu time-time tu jugak . dah la classmate lain tengok . malu jugak lah . tapi sapa suruh kan .. dah duty,tak buat pulak . tapi aku tak kesah sangat kalau aku ada kawan nak menyapu waktu kejadian . haha . korang mesti pernah rasa jugak kan apa yang aku alami nii ? biasa lahh tu zaman sekolah kan . aiceywah . gaya aku dah masuk u,kerja segala ja . padahal baru ja habis sekolah . dok menganggur ja ni . 
tapi kan,walaupun kita kadang-kadang tak suka sesuatu tu,tak semestinya ia tak baik . kadang-kadang benda tu lebih baik dan sangat baik untuk kita . cuma kita yang tak nampak kebaikan nya . Allah sengaja menyembunyikan nya supaya kita lebih berusaha dan sabar hadapi segala apa yang berlaku . Allah kan pernah berfirman dalam surah Al-Baqarah,ayat 216 :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"



Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

SEGMEN : SAYA NAK 'UP'KAN FOLLOWER SAMPAI TAK LALU MAKAN



klik banner ya kalau nak join macam saya ^_^


tag : dia dan dia juga


Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

"SEGMEN: Klik Sana! Klik Sini!"




cepat ! cepat ! hari ni hari last kott ! haha . terlambat sikit pulak aku .
tag : si dia


Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

1st Giveaway by Zura Online Shopping.



join mehh .
klik sini . oke . that's all .

tag : kamu dan kamu


Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Pemergian seorang insan istimewa


cak ! hehe . dah lama kan aku tak buat entry . asyik join GA je kerja nya . hee . takpa lahh . kali ni aku nak kongsi cerita pasal seorang insan yang sangat istimewa pada pandangan aku . tapi,riwayat hidup dia tak lama . mungkin Allah lebih menyayanginya . sebenarnya,aku pun tak kenal dengan dia ni . tapi,bila baca tentang dia,aku rasa suka sangat . teringin nak jadi someone yang macam dia . or kalau tak pun,aku sangat teringin nak mempunyai kawan yang macam ni . okeii . sebenarnya aku rasa korang pun dah tahu pasal ni . aku yang ketinggalan bas agak nya . hehe . nama insan istimewa ni ialah arwah SITI HAJAR . baca kisah kat bawah ni sampai habis . aku dapat cerita ni dari satu blog . credit to her .  aku sangat kagum dengan arwah . sangat tabah . okeii lah jom baca . 



arwah Siti Hajar binti Ahmad Sabir


6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya .

mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah pada arwah . semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat . Aminn .

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Friday, February 22, 2013

2nd Ina Giveaway






hadiah dia sangat awesome . x percaya ? pi tengok sendiri . hehe .

tag :faqihah . izyan .


Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Thursday, February 21, 2013