
cepat nya masa berlalu . Rasa-rasa macam baru ja hari isnin . Tiba-tiba tengok hari ni dah Jumaat . huaa ! Pantasnya . Awat la cepat sangat . Makin tak senang duduk dah aku sekarang ni . Mana tak nya,result SPM keluar hari Khamis minngu depan . Ohh no !! cuak nya . taktaw dah nak digambarkan macamana perasaan aku sekarang nii . Ya Allah . Kurniakanlah aku dan rakan-rakanku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 . Amin ya rabbal alamin . Okeii . dah . berhenti sampai situ pasai SPM . tengok tajuk ,hari jumaat kan ? so,memang semestinya takdak kaitan dengan SPM ke,result SPM sekalipun . ha,taw tak,,setiap hari dalam Islam ada kelebihannya yang tersendiri . Kalau kaum Yahudi,depa sangat bangga dan menanti kemunculan Sabtu,then penganut Kristian pulak meraikan hari ahad . Maka,umat Islam pun ada hari terbesar nya . that is hari Jumaat . PENGHULU SEGALA HARI .
seperti dalam Riwayat Hudzaifah R.A :
أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.
maksudnya : “Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
selain itu,Rasulullah SAW juga bersabda :
“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)
sangat banyak kelebihan dan keutamaan hari Jumaat ni . ha,nak tawu ?? jom kita baca dan hayati penulisan aku yang tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan blogger2 lain di luar nun . hee .
Keutamaan dan Keistimewaan Hari Jumaat :
1 . hari paling mulia . sebab apa ?? ha,hari jumaat lah ...
- Nabi Adam A.S diciptakan .
- Nabi Adam dimasukkan ke SYURGA ALLAH .
- Nabi Adam diturunkan dari SYURGA ke BUMI .
- Nabi Adam A.S. wafat .
- Hari akan berlakunya kiamat .
2 . Hari berkumpul bagi kaum Muslimin .
kenapa ? sebab waktu hari Jumaat ni la hari berkumpulnya bagi kaum muslimin . berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah,solat jumaat,dan berdoa yang diaminkan seramai beratus atau berpuluh orang jemaah .
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)
3 . Penghulu segala hari .
Hari Jumaat ni special berbanding hari2 lain . sebab dia adalah ketua segala hari dan banyak ganjaran lebih daripada hari2 lain .
4 . Hari kebesaran mingguan .
dalam 7 hari seminggu,hari Jumaat lahh merupakan ' HARI BESAR ' yang berulang setiap minggu .
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)
5 . Hari yang mana ramai malaikat turun ke bumi .
waktu hari Jumaat ni,Allah tugaskan malaikat turun ke bumi . Di tangan mereka terdapat tinta emas dan kertas-kertas daripada perak,dan mereka berdiri menunggu di pintu2 masjid untuk mencatat nama2 muslimin yang hadir ke masjid dan mendirikan solat Jumaat . Bila dah sempurna solat Jumaat,malaikat2 tadi kembali ke arasy untuk memberikan catatan mereka tu kepada Allah SWT . Kata mereka :
“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman :
“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
6 . Hari mustajab berdoa . ha, yang dok tunggu result SPM, STPM,, apa lagi .. perbanyakkan berdoa pada hari jumaat ni . InsyaAllah dikabulkan doa tu .
Hari Jumaat hari paling mustajab untuk berdoa terutamanya waktu :
a . imam duduk diatas mimbar sampai lah selesai solat Jumaat .
b . Akhir waktu asar .
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).
7 . Hari dihapuskan dosa .
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
8 . hari yang diutamakan bersedekah .
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
9 . Hari meraih pahala .
orang yang hadir ke masjid untuk solat Jumaat akan dapat pahala setanding dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa .
10 . Hari hidayah daripada Allah SWT .
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.
“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)
11 . Meninggal pada Hari Jumaat dikira sebagai HUSNUL KHATIMAH
12 . Terselamat dari azab kubur.
13 . Hari dapat melihat Allah di syurga .
ha,dah baca kan . apa lagi,jom kita amalkan . mulakan hari ini ! ayuh !!














2 comments:
nice piece of sharing dear... all the best for SPM kay?
@Farah Waheda Wahid okeii . my pleasure . thanks akak . doakan saya dpt result cemerlang in SPM yaa =)
Post a Comment