Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Friday, January 8, 2016

Turn over a new leaf πŸ‚πŸŒΏ

                                                                            



         Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak menulis, hari ni digerakkan hati dan tangan untuk menulis semula. Banyak nak dibicarakan. Tapi,tak tahu macamana nak sampaikan. Sejujurnya,aku kecewa. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku tak patut macamni. Aku dah hdup hampir 21 tahun. Tapi, apa je yg aku buat? apa sumbangan aku untuk Islam ? Untuk ummah ? Apa Saiyidah ? Apa ? Diri kau sendiri tak sedar diri,macamana kau nak islahkan orang lain ? Macamana ? Kadang kadang , selalu sebenarnya, rasa diri ni tak berguna. Langsung tak memberi manfaat. Bukan nak kata untuk ummah saja, untuk kawan sendiri pun aku tak mampu nak beri manfaat. Aku sedih kadang2 rommate aku sendiri tak makan sebab takde duit. Aku rasa tak berguna bila dia ada masalah, aku tak mampu nak selesaikan. Sungguh aku tak kisah kalau dia guna duit aku. Aku tak kisah. Apa sangat dengan duit. Tak bawa kemana pun duit tu. Tapi,sampai bila je aku boleh tolong dia ? Nanti lepasni,entah dengan siapa pulak dia duduk (tinggal). Dia dah la jenis yang tak bercerita tentang masalah dia. Aku tahu dia banyak masalah. Tapi, dia tak cerita. aku pulak bukan jenis yang pandai nak terlalu berbaik2 dengan orang.

        Itu berkaitan kawan. Yang berkaitan dakwah pulak,jangan cakap lah. Lebih-lebih lagi aku kecewa. Macamana nak bangunkan ummah andai usrah dengan adik-adik pun aku boleh ambik sambil lewa ? Kenapa kau jadi macamni Saiyidah ? Kenapa ? Sedarlah Saiyidah. Mereka mad'u kau. Dan kau bertanggungjawab ke atas mereka. Mereka dahagakan tarbiyah, tapi kau ? Main-main ! ! Main-main dengan amanah. Apa kau ingat amanah tu mainan ? Bila kau bosan, kau boleh tolak tepi ? Mereka amanah kau Saiy, amanah kauu !! Kau sedar takkk ? Kau sedar tak yang amanah ini lah yang akan ditanya oleh Allah nanti. Sejauh mana kau laksanakan amanah kau. Kalau macamni tindakan kau,apa kau nak jawab dengan Allah nanti? Apa Saiyidah ? Apa ???

      Seterusnya ikhtilat. Hmm. Sungguhlah. Aku diuji dengan isu ikhtilat. Iaitu perkara yang aku dakwahkan. Aku sibuk duk kata kat orang,jaga ikhtilat, jaga ikhtilat. Tapi aku ? Hmm. Sebab tu aku pernah berjanji dengan diri sendiri supaya tak terlibat dengan isu perasaan sebelum masanya. Kerana apa ? Supaya aku dapat jaga hati aku dan hati insan itu. Supaya tak lalai. Supaya sentiasa beringat. Matlamat kita apa sebenarnya ? Sebab kita selalu pandang ringan masalah hati ni. Tapi sebenarnya ia effect banyak perkara. Dakwah kita, pelajaran kita, Ibadah kita juga. Jadi ? Tolonglah aku. Aku sebolehnya taknak terlibat dengan isu ini. Sebab Allah sendiri dah tetapkan jodoh kita. Untuk apa kita risau ? Cuma berdoalah supaya dikurniakan yang terbaik. Tapi untuk mendapat yang terbaik, diri sendiri jugak mestilah baik,bukan ? So, Let's make a change !

        INFIRU ! Bangkitlah ! Bangkitlah dari zon lemah ini. Kalau tak ubah sekarang, BILA ? Tanya pada diri,BILA ? BILA AKU NAK BERUBAH ? Kalau kita sendiri tak cuba nak berubah, siapa lagi ? Nak tunggu siapa? Nak tunggu apa ? Bila ajal datang baru nak menyesal ? Begitukah ?

          Benarlah firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya [13:11]




Jadi,BERUBAHLAH. Berubahlah dengan nama Tuhanmu. In shaa Allah. Bila kau usaha, Allah akan datangkan kejayaan. Man jadda wa jada kann πŸ˜‰πŸ˜ƒ
Believe in yourself ! You can make it !✊


JOM BERUBAH ! Moga Allah redha😊



" Jadilah insan yang memberi manfaat kepada orang lain. Jika tak mampu memberi manfaat,Usahlah pula memudharatkan . Dan yang lebih penting, berilah manfaat dan keuntungan pada ummah"





 

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Friday, July 18, 2014

ISU SEMASA TAK SEMASA part 1

 


HAI ! Jawab salam atas tuu dulu ehh. Amende nye tittle aku hari ni ? apa yg isu semasa tak semasa nyaa ? haaa. Aku tak cakap pun mesti korang dah tahu kann. Whatever. Aku still nak cakap. ehh taip. But. In my own way lahh. And in my opinion je laa. it's up to korang sama ada nak terima atau tak apa opinion aku. Kita manusia kan. *taktahu lah pulak aku kalau ada kucing ke ayam yg turut baca entry aku nii* err. okay tak lawak . Kayy,berbalik pada ayat tadi. Kita ni manusia kan. Memang biasa and common laa kan kalau tak sependapat. ye lah. Allah dah jadikan manusia macamtu. apa yg kau buat/cakap,tak semesti nya orang lain setuju. right ? Kalau tak,takde laa variety dalam alam globalisasi ni. *ceyy.konon guna bahasa sastera.padahal merapu* And tak best dan tak berwarna-warni lah dunia nii. Cuba bayangkan . Semua org minat baju yg sama pattern,sama warna. huhh. Tak ke bosan asyik duk tengok sekeliling semua sama ? yeaaah. that's why laa Allah dah tetapkan macam tu. Isn't it ? Memang. Allah takkan jadikan sesuatu tanpa sebab dan tanpa faedahnya. Mesti ada. Walaupun sometimes kita manusia ni tak perasan pun. But. Do remember. Allah knows best =D
Ehh. terlebih2 pulak muqadimah . Toib. jom start with the ISSUE for today ~

ISU GAZA,PALESTIN






Ada apa dgn GAZA,PALESTIN ? Bohong lahh kan kalau korang taktahu. Mohon istighfar byk2 kalau masih taktahu. hihi. Aku somestimes rasa macam aku ni tak berguna. Mengaku islam. Tapi,disaat saudara2 seISLAM aku tengah bertarung nyawa,mempertahankan negara,mempertahankan Masjidil Aqsa yg sepatut nya semua umat ISLAM pertahankan, aku ? apa aku buat ? aku tak mampu untuk turun bersama-sama pejuang2 ISLAM mempertahankan agama aku sendiri . memprtahankan saudara seISLAM aku sendiri. ALLAHUAKBAR. BEtapa aku rasa amat serba salah dan berdosa. Apa yg mampu aku lakukan ? Aku hanya mampu sampaikan doa dan In shaa Allah sumbangan derma. Itu pun sekadar berapa sen sangatt.  ALLAHU. *nangis bermai-ramai* 
TETAPI disini saya ingin MENEGASKAN. Jika anda2 nak buat sumbangan derma,please. check terlebih dulu . Check sama ada betul atau tidak no account yg disebar-sebarkan tuu. and please do check samada Tabung yg anda dermakan itu benar2 brgerak untuk saudara seISLAM kita. Bukan apa. kadang2 ada sesetengah tabung yang mengambil beberapa percent samada 20% 30% atau 40% dari duit sumbangan korang utk kepentingan mereka sendiri. Ini bermakna TIDAK SEMUA DUIT SUMBANGAN ANDA SAMPAI KE TANGAN SAUDARA SEISLAM KITA . TAKE NOTE PLEASE ! 
And the last thing about thiss issue, PLEASE. Aku mohon sangat2 . Tolonglah AMALKAN DOA QUNUT NAZILAH. Itu je senjata yg mampu untuk kita sampaikan . DOA. Senjata umat ISLAM. 

Okayy. Sampai sini je dulu. Actually,aku nak bercakap banyak lagi pasal ISU SEMASA TAK SEMASA nii. Tapi,disebabkan lagi lebih kurang seminggu je nak raya,I have a lot of things to do. Kayy. Till we meet again ! in shaa Allah . Jika dipinjamkan lagi nikmat bernafas dan nikmat hidup. Disamping nikmat iman. 

ASSALAMUALAIKUM ^^,






Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Monday, June 2, 2014

MEMORY NEVER DIE :')

 

Hai ! ehem. ehem. Haha. Lama dah kan aku tak mengupdate blog aku nii.*korang dalam hati "cehh. Kesah apa aku". Hahaha. Apa-apa je lah korang fikir. so what ? haha.
Actually kan. Aku ada super duper banyak benda nak cerita nak cakap nak kelentong. Tapi,,tapi,,,tapi,, aku malas nak menaip . heheh. *ada hati nak jadi blogger. menaip pun malas !* Hahaha. Kayy. aku nak cerita apa sebenar nya hari ni ? Takdak apa pun . Takdak apa ? dah tu asal buat entry ? haha. Jap ehh. Aku nak letak gambar je. because,,sometimes picture can express our feeling, picture can tell us many hidden story. Am i right ? yes. Of course. haha. Tanya pastu jawab sendiri. kesian kau. heheh. 



ekceli gambar ni yg tak jadi. yang jadi nye kat fon. aku tak rajin pulak nak transfer ke laptop. hehe







punya semangat nak snap gambar berlatar belakang kan sunset konon nya. last2 tak sempat pun. hahah 




 budak bajet . haha. Maaf ye shimot



This is our company. our ship. our band. our country. our semua lahh. i miss my tutomate :'(


kanak-kanak riang . kesian. layan kan je.






jenuh hidupkan api. konon nak buat campfire. hahaha



:')



 OKAYY. inilah sebenar nya tempat yg kitorang pergi . pergi ramai2. Dah ala2 rombongan sekolah je. haha.
yang pantai tu aku pun dah tak ingat apa nama pantai tu. and FYI,aku jadi tukang pegang lampu time tuu. syok sangattt kayy. haihh. nasib lerr. haha. Kbaii. ASSALAMUALAIKUM ! In shaa Allah panjang umur aku update entry lain pulak kayy. Ila liqa' !






Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tuesday, May 7, 2013

BENCI ??

 

dah lama kan aku tak update blog nii . dah lebih daripada sawang dah rasa nya blog aku ni . oke,nak tawu kenapa aku semangat sangat nak post entry kali ni ? oke ,, korang baca ehh .. 



KISAH MENARIK AKU BENCI TOK GURU DAN KELANTAN | Artikel yang dikongsikan ini bakal membuka mata semua kenapa Tok Guru dan rakyat kelantan begitu dibenci ramai. Negeri kelantan yang digembar-gemburkan di media massa dengan berita keburukan dan kemunduran sebenarnya maju dari segi yang lain.

[TERIMA KASIH AZURA ABDULLAH]
Aku benci Tok Guru dan Kelantan.

Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini... aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang ku dengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.

sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni...diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.

dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat... tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama' yang kusanjungi kini.

setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya... kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.

Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai 'ulama dilahirkan di sana..dan 'ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.

ALLAH...panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Aamiin.

kredit to : blog mazeer :)





   

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH