
Baiklah . Disebabkan aku sekarang ni tengah mengalami sakit tekak dan running nose(running nose ye,bukan running man . haha) aku cakap pasal 5 huruf iaitu S.A.K.I.T. yang mana bila digabungkan jadilah satu perkataan that is SAKIT . Apa itu sakit ? eh,eh . takkan taktaw kot . Bohonglah kalau cakap tak pernah sakit . Betul tak ? Kita ni bukan macam Firaun yang tak pernah sakit tuu . Apa ? tak pernah sakit ? wahh . Takjub ehh ? ke jeles ? atau dengki ? hurmm,,kalau ada sesiapa yang pernah terfikir macam tu,eloklah diperbetulkan balik pemikiran sebegitu . Sebab apa pulak ? ha,,sebab . . bila kita sakit,kita akan sentiasa beringat bahawa kita ni sebenarnya hanyalah seorang hamba ALLAH yang lemah . Dan kita akan lebih menyedari bahawa kita ni sebenarnya tak sehebat mana . Kenapa tak hebat ? ha,,cuba kita tengok orang2 kaya macam dalam filem tuu . Walaupun depa kaya,tapi depa tetap tak berupaya untuk membeli sebuah KESIHATAN . Mereka cuma mampu membayar doktor2 pakar untuk merawat penyakit mereka . jadi,apa bezanya orang kaya ke,miskin ke ? sama saja kan ? okeii . Berbalik pada si Firaun tadi . Cuba kita rewind semula . . Kenapa dia mengaku diri dia tuhan ? Kenapa ? biar aku jawab ye . hehe . Semuanya disebabkan dia rasa dia lah yang berkuasa dan dia jugak tak pernah dijangkiti apa2 pun penyakit ,tak macam manusia lain . so,cuba bayangkan ,kalau lah kita tak pernah sakit,agak2 kita akan mengaku kita ni lemah tak ? Tak kan ? Itulah betapa kita perlu bersyukur dan memperbanyak bersabar bila kita sakit . tak kira lah sakit apa pun kan . Lagipun kan sakit tu kafarah dosa . Apa itu kafarah ? kafarah tu macam menghapuskan . so,so,so . .kita tak nak ke kalau dosa2 kita dihapuskan ?macam dalam satu hadis ni ada mengatakan . .
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA,bahawa Rasulullah SAW bersabda : Untuk setiap musibah,penyakit,keresahan,kesedihan atau kesakitan yang menimpa seseorang muslim (hatta luka yang disebabkan tertusuk duri) ALLAH akan menghapuskan dosa2 nya .
fikirkan lahh .jangan asyik mengeluh saja bila kita sakit . bukan nya sakit tu boleh hilang pun kalau kita mengeluh . ye dak ? Sakit tu jugak sebenarnya ujian dari Allah .Tapi kita jangan risau . sebab,,
ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI MANUSIA DILUAR KEMAMPUANNYA
Okeii semua . Dah baca kan ? Jadi lepas ni,kalau kita sakit , cuba jangan mengeluh . boleh ? hehe . Pesanan untuk diri sendiri dan semua yang baca entry ni .
daa . bye ! Assalamualaikum =)













No comments:
Post a Comment