
Petua 1:
Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. lepastu buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tuu pada parut di muka atau badan. Parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru.
Petua 2:
Ambil biji asam jawa. Goreng tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Jika anda rajin amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 3:
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Petua 4:
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Petua 5:
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 6:
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 7:
Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
Petua 8:
Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
Petua 9:
Ambil tepung ubi dan kunyit hidup campurkan dan letak pada parut di muka atau badan anda.
Petua 10:
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
ha,banyakkan ? petua memang banyak . cuma bergantung pada kita ja . rajin ke tak . cuba je lahh yang mana satu korang nak . atau kalau nak guna ubat, try ubat MEDERMA . yang macam dekat bawah ni ha . kalau dah cuba tuu,tapi tak menjadi jugak,taktaw la nak buat macamana . sebab kita hanya mampu mencuba saja kan,Allah yang menyembuhkan . berdoa je banyak2 . okeii . bye . nanti aku bagi petua lain pulak ya =) Assalamualaikum .












1 comment:
nice sharing.. iha ni ada banyak parut sbb bekas operate, tapi malas nak hilangkan sbb suka tengok.. hehe..
Post a Comment