Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Tuesday, March 5, 2013

TIPS | diet yang berkesan |

 
ha,,dah banyak kali cuba diet tapi tak mau2 jugak ? mehh sini nak bagi tips diet sikit . macam biasa,time aku dok meng'google' *ada ka perkataan tuu* tadi ,aku terjumpa artikel ni . so,taknak kedekut ilmu ,aku share lahh kat korang . hehe . nak copy pun takpe .  okeii ??

 Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.


Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.


Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.



Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.

Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.


Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.
Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.


Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.

Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:

  • Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
  • Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
  • Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
  • Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.  

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.




Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.



Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 

Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 


Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.


sumber : eBook Rahsia diet dan blog ni . Thanks ye ^^

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Monday, March 4, 2013

hiburan,hiburan dan hiburan lagi

 



tengok tajuk atas tu . hiburan kan ? baiklah . apa yang kita perasan terhadap hiburan di Malaysia ? ehh,apa masalahnya hiburan di Malaysia ? kenapa ? okeii . mai sini aku nak cerita sikit tentang realiti hiburan di negara kita,Malaysia lah semestinya kan ? hahh,,kalau kita perhatikan,dekat mana2 saja program yang dianjurkan dekat Malaysia,pasti diselitkan dengan hiburan . Mesti ada saja artis2 tempatan dijemput untuk membuat persembahan di majlis tu . Kenapa mesti begitu ? realitinya,pihak2 penganjur menjemput para artis disebabkan untuk melariskan program anjuran mereka . nak bagi orang lebih ramai datang konon nya . tapi aku tak salahkan mereka2 (penganjur)kalau artis itu dipanggil untuk memberi pesanan mahupun berkongsi pengalaman bagaimana dia mendapat hidayah atau macamana dia boleh berubah kearah yang lebih baik . malah,aku sangat menyokong aktiviti macam tu . Lebih bagus . Sebab artis2 kan selalu menjadi perhatian orang,,pasti apabila mereka berubah kearah positif,para peminat akan sedikit2 mengikut jejak langkah mereka . begitulah betapa kuatnya pengaruh artis dalam dunia hari ini . okeii . berbalik pada tajuk hiburan tadi,,sekarang kalau kita perhatikan,makin banyak program realiti hiburan dekat negara kita . yang terbaru sekarang ni,BINTANG MENCARI BINTANG . nak buat apa semua tu ? tapi yang paling menyedihkan,bila seorang ibu berbangga anak nya berjaya masuk dalam sesuatu rancangan realiti . Mengapa ? Mengapa terjadinya situasi ini ? bukankah seorang ibu tanggungjawabnya membimbing anak2 kearah yang lebih baik ? Jadi,kita tak bolah menyalahkan si anak 100% bukan ?then,aku lagi sedih bila tengok rancangan IDOLA KECIL . kecik2 lagi budak2 tu dah diajar menyanyi dan menari . bukankah lebih elok kalau anak2 itu dilatih menjadi seorang pejuang islam,diajar tajwid,cara2 membaca Al Quran dengan sebaiknya ? tak pernahkah ibu bapa mereka dengar pepatah 

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Begitulah,anak2 kecil ini umpama rebung . kalau tak dilenturkan dari kecil,susah nanti bila dah besar . Macam buluh lah . mana boleh dilentur dah bila dah jadi buluh . iya kan ? Tolonglah wahai umat islam,janganlah libatkan diri dalam kejatuhan . Kelak bukan kita saja yang jatuh , tapi Islam turut sama jatuh dan dipandang rendah . Fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu .
Kita sebagai manusia,ALLAH dah berikan kita kelebihan akal . Gunakanlah pemberian ALLAH itu dengan baik . Jangan kita kufur nikmat ,hingga suatu masa,ALLAH tarik balik nikmat tu . Tapi,dekat sini aku nak nyatakan jugak,sebenarnya hiburan itu tak salah disisi agama ISLAM . tapi,hiburan itu mestilah tidak melalaikan dan tidak melanggar syariat ISLAM .


Ibubapa hari ini berasa bangga apabila anak-anak mereka menjadi penyanyi, tetapi sedikit pun tidak bangga apabila anak-anak tidak tahu membaca Al-Quran. Ibubapa hari ini sedih jika anak-anaknya tidak berjaya memasuki rancangan realiti tivi, tetapi tidak sedih bila anak-anaknya tidak tahu solat, tidak pandai menutup aurat.




 



Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Friday, March 1, 2013

the fact !

 




okeii . kali ni aku nak bercerita pasal satu fakta tentang kaabah dan Mekah . Aku dapat cerita ni dari SINI . kalau korang pergi tengok kat page tuu,,cerita dia sama ja . dah aku amek semuanya dari situ . mana tak nya kan ?? hehe . thanks to her/him . haha . dia laki ka perempuan,,aku pun tak pasti . 



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh

 





Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

the countdown begin !

 


hua !! tengok tarikh kat atas tu ! tengok cepat ! dah masuk bulan 3 weyy ! takut nyaaa . . Dengar kata 20/3 ni result spm keluar . aduhaii . cuak nya . Apa boleh buat . Sekarang kena banyak2 doa je . yang lain2 tu,biar Allah uruskan . Itu semua kerja ALLAH . Kita sebagai hamba,hanya perlu berusaha . lepas dah berusaha,doa . then tawakal banyak2 . hope segala usaha aku selama ini berbaloi . InsyaALLAH . Aminnn .

p/s : doakan aku taw . i'll appreciate your doa . Thanks =)





 
Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH