
tengok tajuk atas tu . hiburan kan ? baiklah . apa yang kita perasan terhadap hiburan di Malaysia ? ehh,apa masalahnya hiburan di Malaysia ? kenapa ? okeii . mai sini aku nak cerita sikit tentang realiti hiburan di negara kita,Malaysia lah semestinya kan ? hahh,,kalau kita perhatikan,dekat mana2 saja program yang dianjurkan dekat Malaysia,pasti diselitkan dengan hiburan . Mesti ada saja artis2 tempatan dijemput untuk membuat persembahan di majlis tu . Kenapa mesti begitu ? realitinya,pihak2 penganjur menjemput para artis disebabkan untuk melariskan program anjuran mereka . nak bagi orang lebih ramai datang konon nya . tapi aku tak salahkan mereka2 (penganjur)kalau artis itu dipanggil untuk memberi pesanan mahupun berkongsi pengalaman bagaimana dia mendapat hidayah atau macamana dia boleh berubah kearah yang lebih baik . malah,aku sangat menyokong aktiviti macam tu . Lebih bagus . Sebab artis2 kan selalu menjadi perhatian orang,,pasti apabila mereka berubah kearah positif,para peminat akan sedikit2 mengikut jejak langkah mereka . begitulah betapa kuatnya pengaruh artis dalam dunia hari ini . okeii . berbalik pada tajuk hiburan tadi,,sekarang kalau kita perhatikan,makin banyak program realiti hiburan dekat negara kita . yang terbaru sekarang ni,BINTANG MENCARI BINTANG . nak buat apa semua tu ? tapi yang paling menyedihkan,bila seorang ibu berbangga anak nya berjaya masuk dalam sesuatu rancangan realiti . Mengapa ? Mengapa terjadinya situasi ini ? bukankah seorang ibu tanggungjawabnya membimbing anak2 kearah yang lebih baik ? Jadi,kita tak bolah menyalahkan si anak 100% bukan ?then,aku lagi sedih bila tengok rancangan IDOLA KECIL . kecik2 lagi budak2 tu dah diajar menyanyi dan menari . bukankah lebih elok kalau anak2 itu dilatih menjadi seorang pejuang islam,diajar tajwid,cara2 membaca Al Quran dengan sebaiknya ? tak pernahkah ibu bapa mereka dengar pepatah
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Begitulah,anak2 kecil ini umpama rebung . kalau tak dilenturkan dari kecil,susah nanti bila dah besar . Macam buluh lah . mana boleh dilentur dah bila dah jadi buluh . iya kan ? Tolonglah wahai umat islam,janganlah libatkan diri dalam kejatuhan . Kelak bukan kita saja yang jatuh , tapi Islam turut sama jatuh dan dipandang rendah . Fikirkanlah sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu .
Kita sebagai manusia,ALLAH dah berikan kita kelebihan akal . Gunakanlah pemberian ALLAH itu dengan baik . Jangan kita kufur nikmat ,hingga suatu masa,ALLAH tarik balik nikmat tu . Tapi,dekat sini aku nak nyatakan jugak,sebenarnya hiburan itu tak salah disisi agama ISLAM . tapi,hiburan itu mestilah tidak melalaikan dan tidak melanggar syariat ISLAM .
Ibubapa hari ini berasa bangga apabila anak-anak mereka menjadi penyanyi, tetapi sedikit pun tidak bangga apabila anak-anak tidak tahu membaca Al-Quran. Ibubapa hari ini sedih jika anak-anaknya tidak berjaya memasuki rancangan realiti tivi, tetapi tidak sedih bila anak-anaknya tidak tahu solat, tidak pandai menutup aurat.
No comments:
Post a Comment