Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Saturday, March 30, 2013

kenapa air laut masin ?

haii semua ! aku nak kongsi cerita ni . ha,,nak taw tak kenapa air laut masin ? ehh ? dah tahu ? tak kisah lah . baca jugak lagi sekali . *hehe .

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

sumber : blog Muhammad Fikri . thanks ea =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Thursday, March 21, 2013

Result oh result ~

heyy ! i come back ! gembira ? sedih ? entah la . aku sendiri pun tak tahu nak describe perasaan aku sendiri lepas dah ambil result nehh . Nak kata aku sedih,,tak . nak kata gembira pun tak . maybe tengah2 kot . sebab apa ? sebab aku memang tak dapat straight As . Then,aku memang dah agak dah pun . Tapi aku bersyukur sangat because no C,D,E and F at all . Alhamdulillah . itulah yang aku doakan setiap hari . And the most important thing is ...
ADDITIONAL MATHEMATICS aku B+ !! haha . B+ je pun . kecoh ja . hehe . bukan apa ,,aku ni mana pernah dapat gred cenggitu untuk addmath . mana tak terkejut . Punya aku takut dengan subject tu . huhh . memeningkan otak aku ja benda alah tu . seriously aku memang tak minat dengan subject tu . so,no wonder la kan pasaipa aku selalu dapat gred tak berapa memuaskan sebelum ni . hehe . tapi aku berusaha what ! aku gagahkan diri pergi easymath yang dekat SEMESTI nuhh . Alhamdulillah,,berbaloi jugak program tu . tapi,,yang paling aku sedih nya,,Bio la . aku tak dapat A bio . acaner ni ?? kata nak jadi doktor . aduhaii . but what to do right ? i've tried my best . Maybe Allah wants me to do the very best after this . hurmm,,InsyaAllah aku akan cuba berusaha lebih gigih lagi lepas ni . doakan aku ye ^^ . ha,,nak taw tak kenapa aku nak sangat bergelar seorang doktor ??
okeii,sebenarnya,,sebab mak abah nak sangat tengok aku jadi doktor . so,aku sebagai anak,,rasa sangat bersalah kalau tak dapat nak tunaikan impian mak abah tu . actually,aku sendiri pun tak tahu apa cita2 aku yang sebenarnya sebelum ni . Then,bila abah cakap macam tu,,aku dah bertekad nak tunaikan jugak impian tu . sebab aku kan anak mak abah . semestinya aku nak gembirakan mak abah aku . lepas amek result tu,,abah mesej (abah takdak kat rumah.pergi kursus) :
TAHNIAH ANAK ABAH . hurmm,i'm touched . walaupun tak tercapai 11A,,abah tetap berbangga dengan aku . mak pun sama . terima kasih mak abah . Thanks a lot for the support . I really appreciate it . saydah sayang mak abah . I LOVE both of YOU ! I will try my best to be a doctor like you wish . InsyaAllah . Aminn . Please pray for me ya =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tuesday, March 19, 2013

Tomorrow is the day !!

Ya Allah ! esok !!! takutnya . cuak nya . apa jadi esok ? tak tahu ?? Esok lah result SPM keluar ! huargghh ... tak dapat digambarkan dah perasaan aku waktu ni . tambah2 lagi esok . lagi laa tak terucap ketakutan+kecuakan+ketidak tenangan aku . so,,jom tolong doakan untuk saya dan kawan2 saya yang lain ehh .

Ya ALLAH,,kurniakanlah keputusan SPM yang cemerlang kepada SAIYIDAH BINTI MD HATA dan semua calon SPM 2012 .

amin . amin ya rabbal alamin . akak2,abang2,adik2, dan kawan2 blogger .. saya cuma nak mintak awak semua doakan kami,ya . Maaf kalau selama saya berblogger ni,,saya ada buat salah silap . maaf ya . Tolong sangatt . Saya amat hargai doa awak semua . Terima kasih =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Tutorial : background berubah bila cursor click

rasa macam tak percaya pulak aku sendiri yang nak buat tuto . hehe . mana pernah lagi sebelum ni aku buat . Tapi sebab dah ada someone tanya,,

maka ,aku nak cerita lah sikit . tak boleh la kedekut ilmu kan . hehe . okeii . tuto ni dicreditkan to FATIN HALID . aku tahu benda ni dari blog dia . ehh,korang taw tak tuto yang mana ni ?? ha,,pernah tengok tak,,bila kita tekan cursor kat gambar tu,,background terus bertukar ? macam bawah ni ..

berminat ?

ha,,toksah bebel panjang2,,jom kita mula !

blogskin/classic template

1 .Dashboard > Template
2 . cari kod </style>
3 . copy code bawah ni .

#bagie a img{width:50px;height:50px;display:inline;margin-right:10px;margin-top:15px;border: 2px solid #EEE;}#bagie a:hover img{border: 2px solid #bdebff;}
4 . paste kat atas code yang korang cari tadi .
5 . dah siap ? belum lagi . then,,korang copy code bawah ni .

6 . paste dekat bahagian sidebar korang ye .
7 . then,,preview and save !

Template Designer

1 . dashboard > layout > add a gadget > html/javascript
2 . copy code ni

3 . paste dalam html/javascript tadi
4 . save !

note :
all colour : URL background
* pastikan 3 jenis background tu lain-lain tau .
* then,,bila korang dah save,jangan pelik bila korang try tekan tak jadi pulak . sebab benda ni boleh jadi kalau kita tak login blogger . maksudnya benda ni untuk pengunjung2 blog kita lahh . okeii . faham ? boleh la mula sekarang =)

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH