Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein

IBTISAM DAAIMAN=)
Assalamualaikum . Haii !baca entry saya sambil senyum taw . senyum tu kan sedekah ^^

Thursday, January 26, 2012

Kita hanya menumpang ...

.. ASSALAMUALAIKUM ..





Adakah kita sedar bahawa bumi dimana kedua-dua kaki kita ini berpijak adalah milik ALLAH yang Maha Berkuasa ?
Adakah kita ingat ? Jadi,mengapa kita melakukan kemungkaran jika kita tahu bumi dan seisi alam ini adalah milik ALLAH ? tidakkah kita berasa malu terhadap Pencipta alam semesta ini atas kesalahan dan kekhilafan yg kita lakukan saban hari ? sedarlah,kita hanya penumpang yang bila2 masa sahaja akan dikembalikan kepadaNya . Adalah satu kemestian kan,kalau orang yang menumpang,pasti perlu kembali ke tempat asalnya . begitu juga dengan kita,suatu hari nanti pasti kita akan kembali kepada Yang Menciptakan kita ,walaupun kita tidak tahu bilakah masa itu . Maka,layakkah kita melakukan maksiat dan kemungkaran di atas bumi yang kita pinjam ini ? Layakkah wahai penumpang ?
Cuba bayangkan jika seseorang datang ke rumah kita dan dengan selambanya dia menyelerakkan rumah kita,,apakah perasaan kita ? tentu kita akan cakap 
''dahla datang rumah aku,buat sepah pulak'' kan ??
justeru itu,tidakkah kita terfikir,jika kita membuat kemungkaran dan maksiat di bumi milik ALLAH ini,sama seperti contoh tadi ?
Namun ,walaupun kita melakukan kesilapan , ALLAH tetap memberikan kita kesenangan di bumi ini . Lihat,betapa ALLAH sayangkan hambaNya .
tidak cukup dengan itu,ALLAH juga mengampunkan segala kekhilafan kita jika kita bertaubat . Ya ALLAH,betapa engkau Maha Mengasihi hambaMu ...
Maka oleh itu,,sedarlah wahai hamba ALLAH . sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka buat hamba-hambaNya .

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

azab meninggalkan solat ..



 


  Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

                        Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

                        Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

                        Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"


1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. 
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


Maka inilah balasannya.
MasyaAllah ...
Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

bangunan yang tidak akan rosak

  








  Diriwayatkan seorang raja telah berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya kepada setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota yang dibangunnya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya mengatakan tidak ada cacat dan celanya. Namun begitu,ada sebahagian pengunjung menjawab bahawa kota itu mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka itu ditahan untuk dihadapkan kepada raja.

Lalu raja itu pun bertanya kepada pengunjung tersebut .
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?"  

Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu.
 "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?"raja tersebut bertanya lagi.
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. 
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
Lalu pengungjung tersebut menjawab dengan yakin.
"Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," 


  Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apatah lagi apabila mereka menceritakan tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah dia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah s.w.t.
Alhamdulillah,syukur kepadaMu ..

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH

Saturday, December 31, 2011

ilal liqa' ya 2011 !

! ASSALAMUALAIKUM !




esh2 .. sian 2011 tu kan ..da nak abez da riwayat idop dye . hari ney merupakan hari terakhir idop dye . so, kepada 2011, cepat2la bertaubat . da tak banyak mase da nih .. hahak .
kalaulah hidup kite ney macam tahun2 2011 k2, 2010 ke, mesti bez kan ,, kite da tawu da bila kite lahir n bila kita akan  mati . tapi masalahnyer, kite ney bukan lah macam tahun2 tuh . kite ney manusia . yang ade banyak wat dosa, klo cam 2011 tuh,,dye nak takut ape kalau dye mati pon . coz da mmg konfem2 dye tade wat dose en .. so, conclusionnyer kat sini,banyak2 la bwat amal ibadah n kurangkanlah bwat dose dan maksiat . kalau nak  takdekan dosa tu mmg ssah la, coz kite ney kan manusia, yang selalu dan sentiase bwat silap . tapi bila kita dah bwat sesuatu kesilapan tu,,kita masih boleh bertaubat kan .. selagi pintu taubat tu belum ditutup ketika berlakunye kiamat nanti . sesungguhnya ALLAH suka akan manusia yang bertaubat dan menyesali kekhilafannya ..







hah !! tu dye 2012 da p0n menjenguk-jenguk . ish ! tak sabar2 betul ! belum lagi pukul 12 am . rileks la . adoy . 
aku ney, kalau boleh, tanak 2012 ney dtg dalm hidup aku . ha ! nak taw kenape ?
sebabbb ...tahun 2012 nih la aku kene dan WAJIB amek SPM ! wajib tuh . tade sunat ke harus dah . 
WAJIB !!!
adoy . macamane aku nak bwat nih . takut? cuak ? haha . dua2 perasaan  tuh mmg toksah ckp la, da konfem2 telah wujud dlam diriku ini .
 haha . ape yang aku boleh buat skarang ney jez study,,usaha banyak2,berdoa, n bertawakal kepada Pemilik seluruh isi alam ini,,yakni ALLAH SWT .
InsyaAllah .. btw,korang yang bace entry ney, tolong la doakan kejayaan aku dan rakan2 seperjuangan ak yerk .
Terima Kasih !

Syukran Jazilan . Semoga ianya bermanfaat . InsyaALLAH