
Assalamualaikum. Setelah sekian lama tak menulis, hari ni digerakkan hati dan tangan untuk menulis semula. Banyak nak dibicarakan. Tapi,tak tahu macamana nak sampaikan. Sejujurnya,aku kecewa. Aku kecewa dengan diri sendiri. Aku tak patut macamni. Aku dah hdup hampir 21 tahun. Tapi, apa je yg aku buat? apa sumbangan aku untuk Islam ? Untuk ummah ? Apa Saiyidah ? Apa ? Diri kau sendiri tak sedar diri,macamana kau nak islahkan orang lain ? Macamana ? Kadang kadang , selalu sebenarnya, rasa diri ni tak berguna. Langsung tak memberi manfaat. Bukan nak kata untuk ummah saja, untuk kawan sendiri pun aku tak mampu nak beri manfaat. Aku sedih kadang2 rommate aku sendiri tak makan sebab takde duit. Aku rasa tak berguna bila dia ada masalah, aku tak mampu nak selesaikan. Sungguh aku tak kisah kalau dia guna duit aku. Aku tak kisah. Apa sangat dengan duit. Tak bawa kemana pun duit tu. Tapi,sampai bila je aku boleh tolong dia ? Nanti lepasni,entah dengan siapa pulak dia duduk (tinggal). Dia dah la jenis yang tak bercerita tentang masalah dia. Aku tahu dia banyak masalah. Tapi, dia tak cerita. aku pulak bukan jenis yang pandai nak terlalu berbaik2 dengan orang.
Itu berkaitan kawan. Yang berkaitan dakwah pulak,jangan cakap lah. Lebih-lebih lagi aku kecewa. Macamana nak bangunkan ummah andai usrah dengan adik-adik pun aku boleh ambik sambil lewa ? Kenapa kau jadi macamni Saiyidah ? Kenapa ? Sedarlah Saiyidah. Mereka mad'u kau. Dan kau bertanggungjawab ke atas mereka. Mereka dahagakan tarbiyah, tapi kau ? Main-main ! ! Main-main dengan amanah. Apa kau ingat amanah tu mainan ? Bila kau bosan, kau boleh tolak tepi ? Mereka amanah kau Saiy, amanah kauu !! Kau sedar takkk ? Kau sedar tak yang amanah ini lah yang akan ditanya oleh Allah nanti. Sejauh mana kau laksanakan amanah kau. Kalau macamni tindakan kau,apa kau nak jawab dengan Allah nanti? Apa Saiyidah ? Apa ???
Seterusnya ikhtilat. Hmm. Sungguhlah. Aku diuji dengan isu ikhtilat. Iaitu perkara yang aku dakwahkan. Aku sibuk duk kata kat orang,jaga ikhtilat, jaga ikhtilat. Tapi aku ? Hmm. Sebab tu aku pernah berjanji dengan diri sendiri supaya tak terlibat dengan isu perasaan sebelum masanya. Kerana apa ? Supaya aku dapat jaga hati aku dan hati insan itu. Supaya tak lalai. Supaya sentiasa beringat. Matlamat kita apa sebenarnya ? Sebab kita selalu pandang ringan masalah hati ni. Tapi sebenarnya ia effect banyak perkara. Dakwah kita, pelajaran kita, Ibadah kita juga. Jadi ? Tolonglah aku. Aku sebolehnya taknak terlibat dengan isu ini. Sebab Allah sendiri dah tetapkan jodoh kita. Untuk apa kita risau ? Cuma berdoalah supaya dikurniakan yang terbaik. Tapi untuk mendapat yang terbaik, diri sendiri jugak mestilah baik,bukan ? So, Let's make a change !
INFIRU ! Bangkitlah ! Bangkitlah dari zon lemah ini. Kalau tak ubah sekarang, BILA ? Tanya pada diri,BILA ? BILA AKU NAK BERUBAH ? Kalau kita sendiri tak cuba nak berubah, siapa lagi ? Nak tunggu siapa? Nak tunggu apa ? Bila ajal datang baru nak menyesal ? Begitukah ?
Benarlah firman Allah: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya [13:11]
Jadi,BERUBAHLAH. Berubahlah dengan nama Tuhanmu. In shaa Allah. Bila kau usaha, Allah akan datangkan kejayaan. Man jadda wa jada kann ππ
Believe in yourself ! You can make it !✊
JOM BERUBAH ! Moga Allah redhaπ
" Jadilah insan yang memberi manfaat kepada orang lain. Jika tak mampu memberi manfaat,Usahlah pula memudharatkan . Dan yang lebih penting, berilah manfaat dan keuntungan pada ummah"
